Site icon TechNave BM

iOS 14: ‘Home screen’ baru dan banyak lagi, adakah iPhone anda layak?

Melalui acara tahunan Apple, WWDC 2020 yang telah berlangsung, pengguna Apple pastinya teruja untuk menerima pelbagai perancangan dan maklumat baharu. Tidak ketinggalan, pengguna iPhone yang bakal mendapat kemas kini iOS14 terbaru!

Secara ringkasnya, iOS14 menyediakan pelbagai kemas kini baru. Antara kemas kini yang paling menarik adalah home screen baharu dengan penambahan widget. Penambahan ini menjadikan iPhone anda kelihatan seperti mendapat ekosistem baru secara keseluruhan. Antara ciri baharu yang diperkenalkan dalam iOS 14 adalah seperti di bawah.

iPhone yang layak menerima iOS 14
Wajah Siri yang baharu
App Library
Aplikasi Translate
Widget aplikasi Cuaca dan Kalendar
Perbualan yang boleh dipin ke atas
Widget berita

Melalui senarai di atas, mungkin ada yang ketinggalan dan bakal ditambah. Namun, segala maklumat lanjut mengenainya mungkin akan dimaklumkan kepada anda pada hari-hari akan datang memandangkan Apple bakal mengadakan pratonton untuk pembangun bermula hari ini.

Anda boleh pratonton iOS 14 di pautan ini. Untuk pengetahuan anda juga, iOS 14 Beta bakal dibuka untuk akses awam pada bulan hadapan.

Apakah ciri iOS14 yang paling mengujakan untuk anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version