Site icon TechNave BM

iOS 14 mungkin telah dibocorkan sejak Disember 2019

Sistem operasi peranti elektronik Apple yang dirancang untuk dilancarkan lewat tahun ini, iOS 14, mungkin telah dibocorkan seawal Disember 2019. Menurut Motherboard, sebuah iPhone 11 yang dilengkapi dengan iOS 14 versi awal mungkin telah dijual kepada pihak luar dengan harga ribuan dollar.

Pihak yang telah mendapatkan iPhone 11 tersebut kemudian mengedarkan iOS 14 versi awal itu kepada penggodam dan penyelidik sejak Februari lalu. Menurut pakar keselamatan siber, iOS 14 versi awal itu mungkin agar berbeza dengan versi akhir yang akan dilancarkan kelak, namun ia masih mempunyai maklumat yang bernilai dan boleh mendedahkan iOS 14 kepada serangan siber.

iPhone 11 yang dilengkapi iOS 14 awal itu dipercayai telah didapati daripada pengilang di China. Maklumat tentang iOS 14 ini boleh kemudian dikongsi di pelbagai laman internet termasuk Twitter, di mana ia boleh dicari dengan tanda palang #AppleInternals . iOS 14 versi awal itu bertujuan hanya untuk digunakan oleh para pekerja Apple dalam membangunkan sistem operasi tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: VICE

Exit mobile version