Site icon TechNave BM

iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1, tvOS 15.1 dan macOS Monterey sedia untuk dikemaskini bermula 25 Oktober ini

Apple baru-baru ini telah mengadakan acara rasmi yang diberi nama Unleashed. Dalam pelancaran tersebut terdapat beberapa produk dan perisian yang telah mendapat sentuhan baharu. Kemas kini perisian bagi iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1, tvOS 15.1 dan macOS Monterey sedia untuk dikemaskini bermula 25 Oktober ini.

Airpods 3 terbaru merupakan salah sebuah peranti yang diumumkan hari ini yang kebetulan akan dihantar ke pelanggan (bagi yang telah membuat pra-tempahan) sehari selepas pelancaran kemas kininya pada 26 Oktober.

macOS Monterey juga merupakan perisian yang akan mengoptimukan ciri yang terdapat pada MacBook Pro 14 inci dan 16 inci. Peranti ini menggunakan cipset M1 Pro dan M1 Max yang terbaru dan sampai ke pelanggan pada 26 Oktober juga.

iOS 15.1 diharapkan mempunyai sokongan untuk SharePlay yang berfungsi ketika menonton dan mendengar streaming dengan rakan anda menggunakan FaceTime. Selain itu, sokongan video ProRes dan penambahan dokumen vaksinasi COVID-19 ke aplikasi Wallet menjadikan iOS 15.1 menarik untuk dikemaskini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kemas kini baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version