Site icon TechNave BM

iOS 15 mungkin menawarkan beberapa fungsi menarik pada 20 September

Pada Jun lalu, Apple telah memberikan bayangan bahawa terdapat peningkatan pada iOS 15 pada persidangan Pengeluar Antarabangsa. Salah satu ciri yang diberi tumpuan ialah ciri penambahbaikan pada FaceTime dan Fokus yang mana anda boleh menetapkan mengikut penyesuaian aktiviti harian anda.

iOS 15 membolehkan anda menggabungkan pemberitahuan dan menjadualkannya mengikut masa yang anda tetapkan. iOS 15 turut menyokong ciri FaceTime dengan peranti Android, Peta Apple yang telah dikemas kini dan terjemahan dalam bentuk teks melalui aplikasi kamera.

Ciri SharePlay yang mungkin ada pada iOS 15 membolehkan pengguna untuk menonton filem dan dalam masa yang sama mendengar muzik ketika FaceTime. Namun, ciri ini ditangguhkan dan mungkin dilancarkan pada kemas kini akan datang.

Anda juga pasti tidak sabar untuk menggunaakn ciri iOS 15 seperti yang dinyatakan. Kongsi pendapat anda tentang iOS 15 di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmodo

Exit mobile version