Site icon TechNave BM

iOS 15 boleh menyimpan rekod vaksinasi di iPhone Wallet anda

Ciri terbaru iOS 15 dicipta untuk kemudahan pengguna di beberapa negara, farmasi runcit, dan institusi kesihatan sebagai catatan vaksinasi yang telah disahkan. Ia juga boleh digunakan sekiranya kita ingin memasuki tempat seperti restoran, stadium dan panggung wayang.

Cara memuat turun ciri ini adalah imbas kod QR melalui aplikasi kamera anda. Kemudian, anda boleh memindahkan rekod keputusan ujian ke dalam aplikasi Kesihatan (Health). Anda juga boleh memindahkannya ke aplikasi Kesihatan (Health) melalui fail yang dimuat turun daripada perkhidmatan kesihatan atau melalui institusi kesihatan yang berkaitan menggunakan Rekod Kesihatan pada iPhone.

Sistem terbaru ini memudahkan banyak pihak kerana segala rekod yang disimpan adalah sah dan tidak dapat dipalsukan. Ciri ini akan mengaburkan perincian vaksinasi lengkap di skrin kunci sehingga anda mengesahkan dengan pengimbas wajah, pengimbas sentuh atau kod laluan.

Namun begitu, HealthKit API hanya akan membenarkan aplikasi pihak ketiga yang diluluskan untuk meminta maklumat tersebut untuk menjaga privasi anda. Pembangun aplikasi pihak ketiga diminta untuk memberikan polisi privasi dan cara penghapusan data oleh pengguna. Dengan ini, Apple tidak dapat mengakses rekod anda.

Mungkin ada beberapa tempat tidak mempunyai akses kepada aplikasi kesihatan. Hal ini akan membebankan individu utk sentiasa membawa kad vaksinasi dan secara tak langsung berisiko utk hilang atau tercicir. Tambahan, penggunaan kad vaksinasi tersebut juga terdedah kepada pemalsuan maklumat.

Kami menjangkakan bahawa kad vaksinasi digital mungkin dilancarkan dalam Apple Wallet pada bulan Disember ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmodo

Exit mobile version