Site icon TechNave BM

iOS 15 dilancar: Penambahbaikan untuk FaceTime, Maps, Safari dan banyak lagi

Semalam, Apple telah menganjurkan acara tahunan Worldwide Developers Conference (WWDC) di mana mereka melancarkan beberapa perisian baru dan antara yang paling penting adalah sistem operasi seterusnya untuk iPhone, iOS 15. Apple telah menambah baik pelbagai fungsi dalam sistem tersebut seperti FaceTime dan Maps.

Dalam FaceTime, Apple memperkenalkan fungsi Spatial Audio yang membolehkan pendengar untuk mendengar audio daripada para pemanggil dari arah yang berlainan. Fungsi ini hanya akan disokong oleh beberapa model fon telinga wayarles AirPods terpilih.

Apple juga mengatakan kualiti audio dalam FaceTime akan menjadi lebih jelas kerana ia boleh mengasingkan bunyi latar belakang dengan lebih baik. Pengguna juga boleh mengaktifkan Portraid Mode dalam panggilan FaceTime untuk menghasilkan latar belakang yang kabur (bokeh).

Panggilan FaceTime juga kini tidak dihadkan kepada peranti-peranti Apple sahaja. Penganjur panggilan kini boleh berkongsi pautan (link) untuk panggilan mereka dengan pengguna Android dan Windows, memudahkan komunikasi di antara pelbagai jenis platform.

Pengguna FaceTime juga boleh menonton kandungan media bersama-sama dengan fungsi SharePlay, di mana pengguna boleh berkongsi siaran Apple TV+ dan Apple Music.

iOS 15 memperkenalkan fungsi Live Text, di mana pengguna boleh menggunakan kamera untuk mengimbas tulisan tangan atau dokumen yang dicetak, kemudian menjadikannya kepada teks di dalam iPhone.

Apple Maps pula menampilkan butiran yang lebih jelas dalam sesetengah bandar, dengan arahan augmented reality (AR), pemodelan 3D, warna jalan baharu, mod malam dan fungsi jejakan pengangkutan awam (transit navigation) bersama Apple Watch.

Apple Wallet kini menawarkan teknologi Ultra Wideband untuk digunakan sebagai kunci kereta pinta, rumah atau hotel. Selain itu, ia juga boleh menyimpan butiran kad pengenalan diri dan lesen memandu.

Pelayar web Safari pula memudahkan pengguna untuk mengedalinya dengan satu tangan, manakala fungsi Tab Groups pula memudahkan pengguna untuk menyambung sesi pelayaran web mereka di antara iPhone, iPad atau Mac.

Kongsi pendapat anda tentang iOS 15 di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version