Site icon TechNave BM

iOS 16.1 tambah peratusan bateri pada bar Status untuk iPhone 13 Mini, 12 Mini, XR dan 11

Kemas kini iOS 16 menambah ikon peratusan bateri pada iPhone yang mempunyai Face ID dan bukan sekadar visual bateri. Semasa pelancaran kemas kini, ciri ini tidak terdapat pada iPhone 13 mini, iPhone 12 mini, iPhone XR atau iPhone 11 tetapi menurut beberapa laporan daripada MacRumors dan Twitter, kesemua iPhone kini menyokong ciri tersebut.

Peratusan bateri tidak terdapat pada iPhone yang mempunyai ‌‌Face ID‌‌ dalam iOS 15 kerana kekurangan ruang pada kedua-dua belah takuk (notch) yang menempatkan kamera TrueDepth. Reka bentuk ‌iOS 16‌ yang dikemas kini menambah ikon peratusan bateri memudahkan pengguna untuk peka pada kuasa bateri.

Dengan kemas kini baharu, pengguna ‌iPhone 13‌ mini, ‌iPhone 12 mini‌, ‌iPhone‌ XR, ‌iPhone 11‌ dan peranti tanpa takuk (notch) ‌Face ID‌ boleh melihat peratusan bateri mereka dalam bar status.

Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version