Site icon TechNave BM

iOS 16 Beta 4 dilancar: Benarkan suntingan dan nyahhantar iMessages

iOS 16 Beta 4 telah tiba sambil membawa ciri baharu dalam aplikasi iMessages. iOS 16 memperkenalkan keupayaan untuk menyunting dan menyahhantar iMessages buat kali pertama dengan batasan tertentu.

Dalam iOS 16 Beta 4, anda boleh menyunting mesej sebanyak lima kali. Setiap suntingan akan direkodkan dan boleh dilihat oleh pengirim serta penerima iMessages. Sebaik sahaja anda telah mencapai had lima suntingan, pilihan “edit” akan hilang daripada menu tekan lama (long press).

Tambahan pula, iOS 16 Beta 4 juga mengurangkan jumlah masa untuk membatalkan penghantaran iMessage. Dalam keluaran iOS 16 sebelum ini, anda mempunyai 15 minit untuk membatalkan penghantaran mesej tetapi kali ini ia dikurangkan kepada dua minit. Namun, anda masih mempunyai 15 minit untuk menyunting mesej.

Jika anda melihat sebarang perubahan dalam iOS 16 Beta baharu atau Beta baharu lain daripada Apple hari ini, kongsikan kepada kami di Facebook  dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version