Site icon TechNave BM

iOS 16 kesan sambungan AirPod palsu dan beri amaran kepada pengguna

Beberapa hari lagi keluaran rasmi iOS 16 dan Apple mungkin menambah satu lagi ciri baharu pada OS iPhone. Dilihat di dalam iOS 16 RC kepada pembangun pada 7 September 2022, sistem itu boleh mengesan AirPod palsu dan memberi amaran kepada pengguna apabila mereka cuba menyambungkannya ke iPhone mereka.

Seperti yang dilaporkan oleh 9to5Mac, kod itu ditemui dalam fail sistem dalaman versi RC terkini iOS 16. Kemungkinan versi yang diubah suai ini akan menjadi versi rasmi terakhir iOS 16 yang akan dilancarkan pada 12 September 2022.

Jika iPhone yang menjalankan iOS 16 mengesan bahawa AirPods palsu cuba disambungkan pada peranti, amaran akan muncul yang mengatakan, “Fon kepala ini tidak dapat disahkan sebagai AirPods tulen dan mungkin tidak berkelakuan seperti yang diharapkan” serta akan terdapat pilihan untuk tidak disambungkan. 

Selain itu, terdapat juga butang “Ketahui Lebih Lanjut” di sebelah mesej yang membawa garahkan pengguna ke artikel sokongan di laman web rasmi Apple.

Dalam masa yang sama, tiada tanda-tanda Apple menghalang pengguna daripada menyambungkan AirPod palsu ini dan sekadar memberi amaran kepada pengguna. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version