Site icon TechNave BM

iOS 16 sokong sambungan kawalan Nintendo Switch Joy-Cons

Awal minggu ini, Apple dalam acara WWDC 2022 telah membentangkan beberapa idea dan ciri baharu yang terdapat pada kemas kini iOS 16 iPadOS 16, macOS Ventura, watchOS 9 dan banyak lagi. Syarikat itu juga melancarkan Apple cipset M2 dan beberapa MacBook baharu.

iOS 16 tersedia untuk pembangun dan terdapat perkara baharu didedahkan. Hari ini, laporan baharu mengesahkan bahawa iOS 16 membawa sokongan sambungan untuk Nintendo Switch Joy-Cons. Apple masih belum mengesahkan tentang sokongan untuk Nintendo Switch Joy-Cons.

Pengguna boleh menggunakan sama ada sebagai pengawal tunggal atau kedua-duanya dengan kawalan asas. Menurut pembangun aplikasi @Rileytestut, iOS 16 menyokong sama ada satu atau dua kawalan Joy-Cons melalui Bluetooth.

Jurutera Apple Nat Brown mengesahkan bahawa anda boleh memasangkan satu atau kedua-dua pengawal Joy-Cons dengan menekan dan menahan Capture dan butang Home pada Joy-Cons. Perlu diingat bahawa iOS 16 masih di peringkat awal dalam beta pembangun.

Seperti laporan pertama, sudah ada pepijat yang muncul apabila bertukar antara Joy-Cons tunggal dan gabungan. Untuk pengetahuan, pengawal PlayStation 5 juga disokong oleh peranti iPhone dan iPad. Menurut Apple, iOS 16 akan dilancarkan dalam Open Beta pada bulan hadapan.

Mungkin terdapat sedikit pepijat pada Beta namun akan lebih mesra kepada bukan pembangun. Walau bagaimanapun, mereka yang mahukan pengalaman tanpa pepijat harus terus menunggu pada iOS 15.4. Kemas kini baharu mungkin dilancarkan sekitar September.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version