Site icon TechNave BM

iOS 16 tambah ciri baharu, mampu isi “CAPTCHA” dan kod pengesahan secara automatik

Pada awal bulan ini, Apple telah memperkenalkan sistem kemas kini pengendalian iOS 16 di WWDC 2022. Kami juga telah dilaporkan beberapa ciri yang akan dilancarkan seperti “Recently Deleted” di bahagian Mesej peranti sebelum ini.

Kini, sesetengah pengguna mendapati bahawa Apple telah menambah ciri baharu yang dipanggil “Pengesahan Automatik” (Automatic Verification) dalam iOS 16. Ciri ini membolehkan iCloud membantu pengguna mengisi “CAPTCHA” atau kod pengesahan yang muncul dalam aplikasi atau laman web tanpa perlu diisi oleh pengguna sendiri.

Fungsi ini terletak dalam menu Tetapan (Settings), kemudian klik pada Kata Laluan (Password) dan Keselamatan (Security) untuk mengaktifkan ciri tersebut. Selain itu, ia turut mampu membantu pengguna mengisi ruang ‘bukan robot’ secara automatik.

iOS 16 juga mempunyai fungsi mencari terus dan membeli nama domain e-mel. Pengguna boleh menukar pembayaran XXX@iCloud.com biasa kepada nama domain pilihan lain dalam aplikasi Mail dan meminta pengguna lain menggunakannya bersama-sama.

Setakat ni, kemas kini iOS di atas masih belum ditawarkan kepada pengguna Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Mydrivers

Exit mobile version