Site icon TechNave BM

iOS 17 mungkin bawa 5 ciri baharu dijangka diumumkan pada WWDC 2023

iOS 17 akan diumumkan lagi enam minggu dari sekarang. Beberapa laporan tentang iOS 17 membawa peningkatan baharu yang mungkin diumumkan pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2023.

Antaranya adalah kedai aplikasi pihak ketiga di mana dengan Akta Pasaran Digital baharu Eropah akan digunakan sepenuhnya menjelang tahun depan. Namun, buat sementara ini, perkara ini masih tidak jelas bagaimana syarikat itu akan melakukannya.

Kedua, akan terdapat aplikasi catatan untuk penjejakan kesihatan mental. Berdsasarkan sumber, aplikasi tersebut akan menganalisis tingkah laku pengguna untuk menentukan hari biasa termasuk berapa banyak masa yang dihabiskan di rumah berbanding di tempat lain. Ia juga mengesan jarak fizikal pengguna dengan orang lain untuk memahami rutin mereka memberi kesan kepada kesihatan mental mereka.

Seterusnya, Pusat Kawalan Baharu mungkin mendapat wajah baharu dengan iOS 17. Dikatakan bahawa Apple membenarkan pengguna menentukan tetapan pantas yang paling mereka gunakan dan mengatur togol tengah dengan sewajarnya. Keempat adalah Widget Aktif di mana Apple mungkin merancang untuk memberikan lapisan interaktif tambahan dengan widget pada Skrin Kunci dan pada Skrin Utama juga.

Yang terkahir termasuk perubahan aplikasi Find My dan Wallet. Mark Gurman dari Bloomberg telah berkata bahawa Apple merancang untuk melakukan perubahan yang lebih besar pada lokasi dan perubahan Find My. Aplikasi Wallet pula membawa peningkatan tweak dan antara muka pengguna.

Namun, ini hanyalah sekadar khabar angin yang dijangka oleh penganalisis Apple yang mungkin diumumkan pada acara WWDC 2023 pada Jun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BGR

Exit mobile version