Apple telah mengubah cara Always On Display (AOD) berfungsi dalam iOS 26 selepas mengekalkan pendekatan yang hampir sama sejak iPhone 14 Pro. Sebelum ini, AOD hanya meredupkan skrin telefon pada Skrin Kunci, tetapi kini ia secara lalai akan mengaburkan imej.
Perubahan ini menjadikan jam dan widget lebih jelas, namun menjejaskan fungsi asal bagi pengguna yang suka melihat gambar mereka walaupun dalam keadaan redup. Sama seperti sebelum ini, skrin masih akan tertutup sepenuhnya apabila iPhone diletakkan menghadap ke bawah, ditutup, digunakan dengan CarPlay, Continuity Camera, Low Power Mode, Sleep Focus atau semasa waktu tidur.
Ia juga mengubah rupa Skrin Kunci dengan cara yang sesetengah pengguna mungkin kurang gemari. Apple turut menambah suis kawalan baharu dalam tetapan Paparan & Kecerahan (Display & Brightness) untuk Always On Display. Melaluinya, pengguna boleh mematikan kesan blur dan mengembalikan paparan wallpaper penuh seperti sebelumnya.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: 9to5mac

