Site icon TechNave BM

iPad 8th Gen dan iPad Air dilancar: Cipset A14, skrin Retina 10 inci, port USB-C bermula RM1,449

Apple hari ini telah melancarkan produk baru dalam barisan iPad iaitu iPad generasi ke-8 dan iPad Air. Antara spesifikasi yang menarik adalah pengenalan cipset baru oleh Apple, A14 Bionic, dalam iPad Air yang baru serta pengenalan port USB Type-C di dalam kedua-dua produk.

iPad generasi ke-8 ini dilengkapi dengan cipset A12 Bionic, dengan prestasi CPU yang 40% lebih pantas dan grafik dua kali lebih pantas berbanding iPad sebelum ini.

Ia akan dilengkapi dengan iPadOS 14, skrin Retina Display berukuran 10.2 inci, kamera 8MP dan menyokong penggunaan Apple Pencil.

iPad Air pula mempunyai skrin Liquid Retina berukuran 10.9 inci dengan resolusi 2360×1640, kamera 12MP, kamera swafoto 7MP, pembesar suara stereo, butang Touch ID dan menyokong pengecasan 20W serta penggunan Apple Pencil.

Ia akan ditawarkan dalam lima pilihan warna.

Untuk pasaran Malaysia, iPad generasi ke-8 akan dijual pada harga bermula RM1,499 manakala iPad Air pula pada RM2,599 namun masih tiada maklumat tentang tarikh penjualannya setakat ini. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli mana-mana iPad ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version