Site icon TechNave BM

iPad Air baru akan menggunakan strategi iPhone SE 2020!

Sumber menyatakan Apple sedang bersiap sedia untuk menghasilkan MacBook dan tablet mereka yang terbaru untuk pasaran tahun ini. Hasil jualan untuk kedua-dua kategori tersebut juga dilaporkan akan meningkat pada tahun ini berbanding tahun yang lalu.

iPad Air 2020 dijangka akan hadir dengan skrin bersaiz 10.8 inci dan ianya akan menggunakan strategi iPhone SE yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lepas, iaitu harga yang berpatutan dengan cipset yang terkini. iPad Air 2020 juga dijangka akan menjadi peranti Apple versi biasa pertama yang akan mengunakan port USB-C menggantikan port Lightning yang telah sekian lama digunakan pada peranti mereka.

Bagaimana dengan berita menarik tentang tablet Apple ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version