Site icon TechNave BM

iPad mini baru mungkin dilancar Mac ini, dilengkapi skrin 8.4 inci, bezel lebih nipis

Sementara siri iPhone 12 masih lagi menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet, berita mengenai peranti Apple terbaru iPad mini kini mulai muncul. Menurut sumber, iPad mini baharu dijangka hadir pada bulan Mac ini dengan skrin 8.4 inci dan bezel yang lebih nipis.

iPad mini dikatakan bakal hadir dengan saiz skrin yang lebih besar daripada iPad mini generasi yang sebelumnya iaitu 8.4 inci berbanding 7.9 inci. Bezelnya yang lebih nipis mungkin turut menyumbang kepada saiz skrin yang lebih besar. Jika anda ingin membayangka saiz skrinnya, ia seperti iPad Air 3.

iPad mini yang terkenal dengan harga berpatutan berbanding iPad lain juga bakal meneruskan tradisi Touch ID bersama butang Home. iPad mini baru ini dijangka hadir pada bulan Mac 2021.

Apa pun, kesemua maklumat ini bukan maklumat rasmi dari pihak Apple dan masih awal untuk kita percaya sebulat-bulatnya maklumat ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version