Site icon TechNave BM

iPad Pro 2022 dikhabarkan akan menyokong pengecasan wayarles!

Beberapa minggu yang lalu, Apple telah melancarkan tablet versi Pro yang dilengkapi cipset M1, iPad Pro 2021. Kini, berita mengenai generasi baru iPad Pro 2022 pula telah muncul dalam talian dan ia dikhabarkan akan hadir dengan sokongan pengecasan wayarles.

iPad Pro generasi baru ini dikhabarkan akan menggunakan panel belakang kaca yang membolehkan ia menyokong pengecasan wayarles. Ia berkemungkinan besar akan menggunakan sistem magnetik MagSafe.

Apple iPad Pro 2021

Pada masa yang sama, sumber juga memberitahu bahawa Apple sedang dalam usaha untuk menghasilkan iPad mini yang hadir dengan reka bentuk yang baru. Jika ianya benar, ia adalah reka bentuk semula yang pertama untuk iPad mini dalam jangka masa 6 tahun.

Apa pun, ini hanyalah khabar angin dan bukanlah dari sumber yang rasmi.

Nantikan acara Apple WDC yang akan berlangsung pada isnin ini dimana Apple bakal melancarkan perisian iOS 15 dan iPadOS 15, MacBook Pro baru dan macam-macam lagi.

Berikan pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version