Site icon TechNave BM

iPad Pro baharu bakal dilancar, mungkin miliki cip M2 dan pengecasan wayarles

Apple telah melancarkan cipset Apple Silicon M2 baharunya yang menjanakan Apple MacBook Air dan MacBook Pro baharu. Kini, cip yang sama akan digunakan untuk iPad Pro generasi akan datang.

iPad Pro baharu merupakan iPad yang dinaik taraf daripada iPad Pro yang dikuasakan oleh Apple M1 generasi semasa. Kini, masa pelacanrannya lebih kurang sama seperti iPad Pro sebelum ini.

Menurut laporan itu, iPad Pro yang dikuasakan oleh cipset M2 akan dilancarkan pada bulan September atau Oktober tahun ini. Selain M2, peranti itu dijangka hadir dengan ciri seperti pengecasan wayarles dan sistem kamera baharu yang dinaik taraf.

Mengikut sumber, Apple sedang bersiap sedia untuk melancarkan iPad Pro dalam saiz yang sama seperti model semasa dan dijangka beberapa perubahan pada model baharu pada model yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Model iPad Pro tahun ini atau 2023 mungkin membawa saiz paparan 14.1 inci yang merupakan paparan terbesar dalam sejarah Apple. Setakat ini, Apple menjual iPad Pro dalam dua saiz skrin iaitu 11 inci dan 12.9 inci. Model 14.1 inci baharu itu dijangka mempunyai paparan mini LED dengan teknologi ProMotion.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version