Site icon TechNave BM

iPad Pro dilancar di Malaysia: Cip M1, skrin 12.9 Liquid Retina XDR, kamera LiDAR bermula RM3,499

Apple Malaysia hari ini akan mula menjual tablet terbaru mereka iaitu iPad Pro yang dilengkapi cip Apple M1, bermula pada harga RM3,499. Cip M1 ini adalah cip sama yang terdapat pada komputer riba MacBook dan telah mendapat pujian meluas daripada media dan para pengguna.

Cip ini membuatkan iPad Pro baru ini mempunyai prestasi lebih pantas sebanyak 40% berbanding iPad Pro sebelumnya. Ia juga boleh dilengkapi storan sehingga 2TB, port USB-C yang menyokong Thunderbolt 4, sokongan rangkaian 5G dan kamera ultra-lebar 12MP yang mempunyai pengimbas LiDAR, Face ID dan Center Stage.

Tablet ini terdiri daripada dua saiz skrin, iaitu skrin 12.9 inci yang dilengkapi teknologi Liquid Retina XDR dan skrin 11 inci yang dilengkapi teknologi Liquid Retina. Kedua-dua skrin menyokong teknologi ProMotion, True Tone, jurang warna P3, HDR dan Dolby Vision.

Berikut adalah harga iPad Pro untuk pasaran Malaysia:

iPad Pro 11 inci, Wi-Fi: RM3,499
iPad Pro 11 inci, Wi-Fi+selular: RM4,149
iPad Pro 12.9 inci, Wi-Fi: RM4,799
iPad Pro 12.9 inci, Wi-Fi+selular: RM5,449

iPad Pro turut menyokong beberapa aksesori khas seperti Apple Pencil (RM549) dan Magic Keyboard (RM1,349). Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang iPad Pro baru ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version