Site icon TechNave BM

iPad Pro M1 2021 dikesan di Geekbench 5, 50% lebih pantas dari model tahun lalu!

Pada hujung bulan lalu, Apple iPad Pro yang dikuasai cip M1 telah diumumkan untuk pasaran Malaysia. Sama seperti komputer riba MacBook Air, cipset ini dijangka akan membawakan prestasi yang lebih baik pada tablet baru ini. Terbaru, peranti ini telah muncul di penanda aras Geekbench 5 di dalam talian.

Berdasarkan sumber, iPad Pro M1 ini dilihat mempunyai prestasi 50% lebih pantas dari model tahun lalu. Model baru tablet ini mendapat markah setinggi 1719 untuk teras tunggal dan 7326 untuk teras pelbagai. Jika dibanding dengan model tahun lalu, ia mendapat markah 1121 dan 4656.

Dengan markah ini, iPad Pro 2021 juga mempunyai prestasi yang lebih baik dari MacBook Pro 16 inci yang dikuasai oleh Intel Core i9.

Selain prestasi yang hebat ini, iPad Pro M1 ini juga beberapa ciri menarik seperti skrin Liquid Retina XDR, mikrofon studio dan sensor LiDAR.

Adakah anda berpuas hati dengan prestasi tablet iPad Pro yang dikuasai cip M1 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : MacRumors

Exit mobile version