Site icon TechNave BM

iPad Pro mungkin dilancar pada Ogos 2022, hadir dengan cip M2 dan pengecasan Magsafe

Laporan dari Bloomberg oleh Mark Gurman telah mengeluarkan kenyataan dan memberikan beberapa butiran mengenai iPad Pro seterusnya yang mungkin akan dikeluarkan pada penggal kedua tahun ini.

Menurut sumber, tablet tersebut hadir dengan cip Apple M2 dan menyokong MagSafe. Ini merupakan tablet Apple pertama dengan pengecasan secara wayarles. Cip M2 baharu pula akan mempunyai seni bina CPU okta-teras yang sama seperti cip M1 tetapi dengan kelajuan dan kecekapan yang lebih baik. 

Cip tersebut dibina pada proses TSMC 4nm serta mempunyai versi GPU 9 teras dan 10 teras yang meningkat daripada grafik 7 teras dan 8 teras pada cip M1. Apple mengambil masa antara 13 dan 16 bulan untuk melancarkan siri ipad Pro baharunya. Ia mungkin dilancarkan sekitar Ogos 2022 selepas iPad Pro 11 dan iPad Pro 12.9 sebelum ini diperkenalkan pada April 2021.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version