Site icon TechNave BM

iPhone 11, iPhone SE telefon terlaris di dunia pada suku ketiga 2020!

Berdasarkan laporan terkini dari Canalys, iPhone sekali lagi telah menduduki takhta yang tertinggi untuk telefon terlaris dunia pada suku ketiga 2020. Selain dari telefon jenama Apple, telefon Samsung dan Xiaomi juga adalah antara sepuluh telefon yang terlaris di dunia pada suku tahun kali ini.

iPhone 11 adalah telefon terlaris di dunia pada suku ketiga 2020 dengan jualan setinggi 16 juta unit. Adiknya, iPhone SE 2020 pula mendapat tempat kedua dengan jualan sebanyak 10 juta unit.

Samsung Galaxy A21s pula mendapat tempat ketiga dengan bilangan jualan yang hampir sama seperti iPhone SE 2020 diikuti dengan Galaxy A11 dan Galaxy A51. Xiaomi pula menduduki tempat ke enam dengan telefon kelas pertengahan Redmi Note 9 (Redmi 10X 4G) diikuti dengan Redmi 9.

Berdasarkan laporan ini, tiada telefon 5G yang mendapat tempat pada carta 10 terlaris untuk suku bulan Julai hingga September ini. Namun, ia mungkin akan memasuki carta pada suku seterusnya terutamanya dengan iPhone 12 yang baru sahaja dilancarkan oleh Apple.

Adakah anda terkejut dengan carta ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dengan berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version