Site icon TechNave BM

iPhone 12 anda tidak menghasilkan bunyi? Apple akan membaikinya secara percuma

Jika anda memiliki telefon pintar iPhone 12 atau iPhone 12 Pro yang mempunyai masalah audio sewaktu anda membuat panggilan, kami ada berita baik untuk anda. Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan perkhidmatan membaiki secara percuma kepada pemillik dua telefon tersebut yang mempunyai masalah pembesar suara pada bahagian penerima (receiver).

Mereka mendapati sejumlah kecil iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang dikilangkan dalam tempoh Oktober 2020 hingga April 2021 tidak boleh menghasilkan audio daripada modul penerima. Ini membuatkan pengguna tidak boleh mendengar sebarang bunyi sewaktu mereka membuat atau menerima panggilan telefon.

Pelanggan yang terjejas daripada masalah ini boleh melawat Apple Authorized Service Provider terdekat untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima perkhdimatan percuma ini. Perlu diingati bahawa iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max tidak tertakluk dalam perkhidmatan ini.

Beritahu kami di Facebook jika iPhone 12 anda mengalami masalah ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple

Exit mobile version