Site icon TechNave BM

iPhone 12 bakal terima pembekal skrin OLED baru selain Samsung dan LG

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang pembekal skrin OLED untuk siri iPhone 12. Apa yang pasti, Samsung dan LG adalah pembekal skrin OLED asal untuk siri iPhone 12. Sebuah lagi syarikat pembekal skrin iaitu BOE kini dilapor bakal mula membekalkan skrin OLED untuk Apple.

Terdahulu, BOE tidak diluluskan menjadi pembekal OLED kerana beberapa isu seperti kawalan kualiti. Penganalisis kini melaporkan bahawa BOE akhirnya telah mendapat kelulusan dan akan mula menjadi pembekal OLED untuk siri iPhone 12. Sepertinya, isu mengenai kawalan kualiti sudah diselesaikan.

Penambahan pembekal skrin untuk siri iPhone 12 mungkin bukan sesuatu yang luar biasa kerana iPhone 12 dilapor sebagai peranti 5G terlaris di dunia.

iPhone 12

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version