Site icon TechNave BM

iPhone 12 dengan skrin 5.4 inci mungkin akan digelar “iPhone 12 mini”

Siri Apple iPhone 12 diramal akan diumumkan pada bulan hadapan dan pelbagai maklumat awal sudah pun dibocorkan dalam media. Kini maklumat yang terbaru adalah iPhone 12 akan dilancarkan dalam empat saiz yang berbeza, di mana varian terkecil akan dinamakan iPhone 12 mini.

Menurut sumber, siri iPhone 12 akan terdiri daripada iPhone 12 Pro Max, iPhone 12 Pro, iPhone 12 dan iPhone 12 mini di mana varian yang paling kecil mempunyai skrin 5.4 inci. iPhone 12 dan iPhone 12 Pro mempunyai saiz skrin 6.1 inci, manakala iPhone 12 Pro Max pula berukuran 6.7 inci. Sebagai rujukan, iPhone 11 Pro mempunyai skrin 5.8 inci.

iPhone 12 diramal akan mempunyai teknologi skrin OLED, menyokong rangkaian 5G dan dilengkapi cipset A14 yang diperkenalkan dalam pelancaran iPad Air sebelum ini. Ia juga dijangkakan tidak dijual bersama pengecas dan fon telinga, seperti Apple Watch Series 6 yang tidak menyertakan pengecasnya dalam kotak.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version