Site icon TechNave BM

iPhone 12 dilaporkan tidak akan hadir dengan skrin ProMotion 120Hz

Baru-baru ini, siri iPhone 12 telah mula dihasilkan secara besar-besaran dan mengikut sumber terkini, skrin telefon siri terbaru dari Apple ini tidak akan hadir dengan ciri ProMotion 120Hz yang telah ditunggu-tunggu untuk peminat iPhone.

Skrin dengan kadar segar semula 120Hz ini telah pertama kali diperkenalkan pada iPad Pro sebelum ini dan ciri ini menjadikan animasi skrin lebih lancar, interaksi yang lebih responsif, dan prestasi gaming yang lebih baik.

Berdasarkan sumber juga, antara sebab utama ciri ini tidak dimasukkan di dalam siri iPhone kali ini adalah kerana Apple tidak dapat menghasilkan paparan jenis LTPO yang mencukupi. Paparan LTPO ini penting untuk ciri ProMotion berfungsi dengan baik.

Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 12 pada bulan Oktober ini. Adakah ketiadaan ciri ini bakal mematahkan semangat anda untuk membeli iPhone terbaru ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : AppleInsider

Exit mobile version