Site icon TechNave BM

iPhone 12 hadir dengan warna navy blue?

Beberapa bulan lagi Apple akan melancarkan secara rasmi keluaran terbarunya iaitu iPhone 12. Nampaknya khabar angin tentang kemunculan iPhone 12 ini telah berjaya membuatkan peminatnya tidak senang duduk.

Antara tiga model yang bakal dikeluarkan pada tahun ini adalah iPhone 12, iPhone 12 Pro, dan iPhone 12 Pro Max yang akan menampilkan kamera belakang yang baru. Ianya masih dilengkapi dengan takuk besar (notch), dan ditambah dengan keluli pada bahagian sisi. Menariknya, model keluaran kali ini juga akan di sokong dengan 5G serta didatangi dalam varian 5.4-inci, 6.1-inci, dan 6.7-inci serta menampilkan paparan OLED dan 2mm bezel.

Menurut sumber Max Weinbach turut membuat ramalan di laman Twitter, iPhone 12 ini membuat sedikit kelainan dengan menawarkan pilihan warna antaranya Navy Blue, berkemungkinan untuk menggantikan warna Midnight Green pada iPhone 11.

Selain itu, khabar angin dimana iPhone akan mengeluarkan lima model yang baru secara rasmi pada bulan Mei, termasuk iPhone SE 2 dengan paparan 4.7 inci.

Sekiranya anda merupakan peminat warna Navy Blue yang tampak lebih cool, mungkin kehadiran iPhone 12 antara yang perlu anda nantikan. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia telefon pintar!

Sumber : BGR

Exit mobile version