Site icon TechNave BM

iPhone 12 lebih murah daripada iPhone 11, harga bermula ~RM2,356

Anda mungkin sudah membaca berita jangkaan harga ini di internet. Namun, tahukah anda varian iPhone 12 mana yang bakal memiliki harga yang lebih berpatutan? Sumber melaporkan siri iPhone 12 bakal dipasarkan dengan harga lebih berpatutan berbanding siri iPhone 11.

Menurut sumber, Apple bakal memasarkan dua model iPhone 12 yang hanya menyokong rangkaian 4G. Dua model ini adalah iPhone 12 4G dan iPhone 12 Max 4G . Lebih menarik, memandangkan ia tidak menyokong 5G, harganya bakal lebih murah iaitu USD 549 (~RM2,356) untuk iPhone 12 4G dan USD 649 (~RM2,785) untuk iPhone 12 Max 4G.

Apa pun, kedua-dua varian iPhone 12 yang dinyatakan masih bakal hadir dengan varian 5G dengan harga yang lebih tinggi. Berkemungkinan juga, siri iPhone 4G inilah yang bakal dihuni paparan LCD memandangkan harganya yang lebih murah daripada varian lain.

Menurut kami, jika berita ini benar, Apple kelihatannya membuat gerakan yang baik dengan memberi lebih pilihan kepada pengguna yang ingin memiliki peranti Apple. Perlu diingatkan bahawa kesemua yang dinyatakan di atas bukanlah berita rasmi. Sebaliknya, maklumat yang didedahkan oleh pengulas teknologi popular.

Apa pendapat anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai iPhone 12 di pautan ini!

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version