Berita ini bukanlah berita mengejut memandangkan kami pernah menerima maklumat yang hampir sama. Apple dilaporkan sedang bersiap sedia untuk menghasilkan siri iPhone 12 di India. iPhone 12 ‘Made in India’ ini dilaporkan akan siap pada pertengahan tahun hadapan.
Sebenarnya, iPhone 11 sudah mula dipasang di Chennai melalui Foxconn. Bukan itu sahaja, iPhone SE (2020) juga dijangka mula dihasilkan di India pada hujung tahun ini.
Pengilang Apple Taiwan bernama Wistron menempatkan kilang baharu di Bengaluru. Kilang ini didakwa bakal menjadi pusat penghasilan siri iPhone 12 ‘Made in India’. Setakat ini, ia dilaporkan sedang mengambil pekerja dan bakal beroperasi bermula Oktober ini.
Perlu anda ketahui bahawa masih terdapat pusat perkilangan Apple di negara China. Siri iPhone 12 dijangka bakal hadir pada bulan Oktober ini dengan beberapa model termasuklah model 5.4 inci yang mungkin lebih murah.
Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Business Insider melalui Gizchina

