Site icon TechNave BM

iPhone 12 mini mungkin akan dihentikan akibat dari jualan yang rendah!

Pada bulan Oktober yang lalu, Apple telah melancarkan telefon siri iPhone 12 mereka yang hadir dengan 4 model yang berbeza. Antara 4 model tersebut, iPhone 12 mini adalah telefon yang paling istimewa kerana saiz badannya yang sangat kecil, lebih kecil dari iPhone SE 2020. Namun, laporan dari institusi pelaburan termasuklah JPMorgan Chase membawakan berita yang kurang baik buat peranti ini.

Berdasarkan sumber, angka jualan iPhone 12 mini hanyalah merangkumi 6% dari jumlah jualan telefon siri iPhone 12. Disebabkan hasil jualan yang kurang memberangsang, Apple dikhabarkan akan berhenti menjual peranti ini pada suku kedua tahun ini.

iPhone 12 mini

Jika berita ini benar, ia akan menjadi telefon Apple yang mempunyai jangka hayat yang paling pendek dalam sejarah penjualan iPhone.

Walaupun iPhone 12 mini hadir dengan reka bentuk kompak yang boleh digunakan oleh satu tangan sahaja, baterinya adalah masalah utama peranti ini. Saiz baterinya kecil dan tidak dapat memuaskan hati pengguna peranti tersebut.

Sebelum ini, Apple dilaporkan akan kurangkan penghasilan iPhone 12 mini untuk memberi ruang kepada iPhone 12 Pro.

Adakah anda pengguna iPhone 12 mini? Kongsikan pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Sohu

Exit mobile version