Site icon TechNave BM

iPhone 12 mini mungkin varian yang paling kurang mendapat sambutan

Sewaktu melancarkan siri iPhone 12 pada Oktober 2020, Apple telah memperkenalkan varian mini buat kali pertama di mana iPhone 12 mini adalah telefon terkecil dan termurah dalam siri telefon tersebut. Walau bagaimanapun, varian ini tidak mendapat sambutan kerana ia merupakan varian yang paling sedikit dijual.

Menurut Consumer Intelligence Research Partners (CIRP), jualan iPhone 12 mini hanya terdiri daripada 6% daripada keseluruhan jualan iPhone 12, walaupun ia mempunyai kebanyakan fungsi utama dalam iPhone 12 yang lebih besar. Malah, para pengguna yang ingin mendapatkan iPhone murah lebih cenderung untuk membeli iPhone 11 atau iPhone SE (2020) daripada iPhone 12 mini.

Walau bagaimanapun, jualan untuk varian lain dalam siri iPhone 12 telah melepasi jangkaan. CIRP mengatakan jualan untuk empat varian utama iPhone 12 adalah sebanyak 76% daripada seluruh jualan iPhone selepas pelancarannya, lebih tinggi daripada 69% untuk iPhone 11 dalam tempoh yang serupa pada 2019.

Varian iPhone 12 yang terlaris adalah iPhone 12 biasa dengan jualan sebanyak 27%, manakala iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pula masing-masing dijual sebanyak 20%.

Beritahu kami di Facebook jika anda telah membeli mana-mana iPhone 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BGR

Exit mobile version