Site icon TechNave BM

iPhone 12 mungkin akan dilancar pada bulan Oktober

Sebelum ini terdapat laporan bahawa iPhone 12 akan dilancar pada bulan September. Kini maklumat terbaru daripada pemberita teknologi terkenal Jon Prosser mengatakan iPhone 12 mungkin akan dilancar pada bulan Oktober.

Menurut ciapan beliau, produk Apple yang akan dilancar pada bulan September adalah siri Apple Watch 6 dan iPad manakala pada bulan Oktober pula adalah pelancaran siri iPhone 12. Beliau turut memberikan tarikh spesifik untuk peranti flagship tersebut, iaitu pelancaran pada 12 Oktober, pra-tempahan bermula 12 Oktober dan penghantaran bermula 19 Oktober.

Untuk varian iPhone 12 Pro pula, beliau mengatakan pra-tempahan dan penghantaran akan bermula pada bulan November. Perlu diingati bahawa ini bukanlah maklumat rasmi daripada Apple, walaupun jika Jon Prosser sering memberikan maklumat awal yang boleh diharap. Jika maklumat ini betul, ini adalah kali pertama Apple berbuat sedemikian. Sebelum ini, siri iPhone 11 dilancar pada bulan September 2019.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan iPhone 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version