Site icon TechNave BM

iPhone 12 mungkin akan dilengkapi teknologi penstabil imej “sensor-shift”

Menurut laporan daripada penganalisis teknologi Ming-Chi Kuo di MacRumors, siri iPhone 12 mungkin akan dilengkapi penstabil imej sensor-shift lima paksi, di mana sensor di dalam kamera akan bergerak sedikit untuk mengimbangi getaran kecil yang dihasilkan oleh tangan sewaktu mengambil gambar.

Dalam siri iPhone 11, teknologi penstabil imejnya adalah penstabilan optikal, di mana kanta yang akan bergerak dan bukannya sensor. Masih tidak pasti jika semua sensor dalam iPhone 12 akan mempunyai teknologi sensor-shift ini atau hanya beberapa kanta sahaja.

Selain itu, khabar lain pula melaporkan bahawa iPhone seterusnya juga akan dilengkapi sensor time-of-flight (ToF) 3D yang mengagak jarak antara subjek dan kamera dengan membaca kelajuan cahaya di antara dua objek tersebut untuk memberikan efek bokeh yang lebih asli.

Jika ramalan ini betul, tentunya lebih mudah untuk mendapatkan gambar dan video yang sinematik dengan iPhone. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumours

Exit mobile version