Site icon TechNave BM

iPhone 12 mungkin dilancar 13 Oktober, ini gambar kabel USB-C ke Lightning baharu

Melalui sumber-sumber terbaru yang boleh dipertimbangkan jangkaannya, siri iPhone 12 kini dilaporkan bakal hadir pada tarikh 13 Oktober 2020. Tidak terhenti di situ, terdapat sumber yang memuat naik gambar, didakwa sebagai wayar kabel USB-C ke Lighting terbaru untuk iPhone 12.

Sumber ini bukanlah sumber rasmi memandangkan ianya hadir dari syarikat telco Dutch (Jerman). Menurutnya, Apple bakal melancarkan iPhone 12 pada 13 Oktober. Maklumat ini disokong oleh pendedah maklumat terkenal Jon Prosser, tetapi dengan sedikit penambahan maklumat.

Menurut Prosser, acara pelancaran siri iPhone 12 akan berlaku pada 13 Oktober, diselangi dengan tarikh pra-tempahan pada 16 Oktober, disusuli dengan sebuah acara lain pada 23 Oktober 2020. Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan kami pernah memaklumkan mengenai siri iPhone 12 yang mungkin dilancarkan secara berperingkat.

Sepintas lalu, iPhone 12 hadir dengan model iPhone 12 Mini 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci. Anda boleh membaca berita lepas mengenai iPhone 12 termasuklah spesifikasi dan harga ramalannya.

Di sisi yang lain, terdapat sumber yang memuat naik gambar wayar kabel USB-C ke Lightining, didakwa sebagai kabel yang akan disertakan bersama siri iPhone 12. Seperti ura-ura sebelum ini, wayar kabel ini diliputi jalinan yang lebih tahan lasak berbanding liputan getah biasa. Anda boleh baca berita lepas mengenai ura-ura ketiadaan pengecas dalam kotak iPhone 12 juga.

Apa pun, kesemua maklumat yang dinyatakan di atas hanyalah spekulasi dan ura-ura sahaja. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version