Site icon TechNave BM

iPhone 12 Pro dengan tiga lensa kamera dan pengimbas LiDAR, mungkinkah untuk fungsi AR?

Terkini, sumber melaporkan varian siri iPhone 12 bakal dilengkapi tetapan tiga kamera utama dan pengimbas LiDAR pada bahagian belakang peranti. Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai iPhone SE tahun 2020 yang bakal dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

Untuk pengetahuan anda, penyebar asal gambar ini menyatakan bahawa mereka mendapatkannya melalui iOS 14. Terdahulu, kita sudah melihat pelbagai pendedahan maklumat daripada iOS 14.

Jika anda melihat gambar di atas, anda dapat melihat tetapan kamera di belakang yang berkemungkinan adalah kamera sudut lebar, ultra-lebar dan lensa telefoto. Apa yang menariknya, satu lagi tetapan dilihat seperti pengesan LiDAR. Pengesan LiDAR ini terdahulu digunakan pada iPad Pro terbaru tahun 2020.

Sebagai maklumat tambahan, pengesan LiDAR di telefon pintar atau gajet berfungsi untuk prestasi AR. Mungkinkah Apple pada tahun ini ingin menambah baik prestasi AR? Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Concepts iPhone melalui 9To5Mac

Exit mobile version