Site icon TechNave BM

iPhone 12 Pro kalahkan Samsung Note20 Ultra dalam ujian kelajuan aplikasi

Telefon terbaru Apple, iPhone 12 Pro telah mengalahkan Samsung Note20 Ultra di dalam ujian kelajuan aplikasi yang dibuat oleh PhoneBuff. Ini menunjukkan cipset A14 dengan bilangan RAM 6GB mampu untuk mengatasi Snapdargon 865 dengan RAM 12GB yang digunakan oleh peranti Samsung ini.

Ujian prestasi kelajuan yang dilakukan ini mengukur berapa lama setiap telefon itu membuka beberapa aplikasi seperti Facebook, aplikasi kamera, aplikasi Microsoft, Adobe Rush dan banyak lagi.

Dalam ujian ini, iPhone 12 Pro dilihat dapat membuka semua aplikasi dalam masa 1 minit 41 saat, manakala Note20 Ultra mengambil masa selama 1 minit 55 saat. Pada pusingan kedua pula, dengan aplikasi yang masih berjalan di latar belakang, iPhone memerlukan 42 saat sahaja manakala Note20 Ultra dengan 46 saat.

Samsung Galaxy Note20 Ultra adalah pemenang ujian kelajuan yang dilakukan sebelum ini. Mengikut PhoneBuff, kali terakhir iPhone mendapat tempat tertinggi pada ujian ini adalah pada 20 bulan yang lepas.

Adakah anda berpuas hati dengan ujian kelajuan ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : MacRumors

Exit mobile version