Site icon TechNave BM

iPhone 12 Pro Max raih 130 mata dalam DXOMARK, kalah dengan HUAWEI dan Xiaomi

DXOMARK telah mengeluarkan markah iPhone 12 Pro Max untuk ujian penanda aras kameranya dan telefon tersebut mendapat markah sebanyak 130. Ini membuatkannya berada dalam kedudukan ke-4 dalam ranking kamera telefon terbaik dalam perkhidmatan DXOMARK, selepas HUAWEI Mate40 Pro (136), Xiaomi Mi 10 Ultra (133) dan HUAWEI P40 Pro (132).

iPhone 12 Pro pula mendapat tempat ke-5 dengan markah 128. Siri iPhone 12 Pro dilengkapi pelbagai fungsi fotografi yang baru seperti kamera telefoto yang boleh zum dengan lebih jauh, sensor kamera yang lebih besar, penstabilan Sensor-shift, mod Apple ProRAW, sensor LiDAR (Light Detection and Ranging) dan rakaman Dolby Vision HDR.

Markah fotografi DXOMARK mengambil kira tiga aspek iaitu gambar, zum dan video. Jika diambil daripada segi gambar sahaja, iPhone 12 Pro Max mendapat 138 mata, meletakkannya telefon kedua tertinggi dalam ranking DXOMARK selepas HUAWEI Mate40 Pro.

Adakah anda berpuas hati dengan prestasi kamera iPhone 12 Pro Max yang dinilai oleh DXOMARK? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DXOMARK

Exit mobile version