Site icon TechNave BM

iPhone 13 akan dilengkapi kamera ultra lebar yang lebih baik berbanding iPhone 12

Sumber melaporkan bahawa siri iPhone seterusnya yang dirujuk dengan nama siri iPhone 13 bakal dilengkapi kamera ultra lebar yang lebih baik dan dinaik taraf. Bukan sahaja model Pro, tetapi kesemua model iPhone 13 akan memiliki kamera ultra lebar yang dinaik taraf.

Jelas sumber, sensor ultra lebar baharu memiliki apertur f/1.8 berbanding apertur f/2.4 pada iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Ini bermakna kamera ultra lebar pada siri iPhone 13 berupaya menangkap lebih banyak cahaya, menyumbang kepada fotografi di dalam cahaya malap yang lebih baik.

Ura-ura ini tidak mustahil kerana sememangnya siri iPhone 13 pernah dilapor mungkin hadir dengan naik taraf pada spesifikasi kameranya. Untuk pengetahuan anda, kami juga tidak tahu juga Apple bakal menamakan iPhone seterusnya sebagai iPhone 13 atau tidak.

Siri iPhone 12

Sumber lepas melaporkan bahawa Apple mungkin tidak akan menamakan iPhone seterusnya dengan nama iPhone 13 berikutan angka ’13’ yang dianggap negatif dalam budaya barat. Namun, kelihatannya tidak menjadi masalah pula sebelum ini memandangkan Apple sudah hadir dengan cip A13 Bionic.

Terdahulu, Qualcomm juga menamakan cipset andalannya Snapdragon 888, bukan Snapdragon 875 kerana menganggap bahawa 888 adalah angka bertuah.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version