Site icon TechNave BM

iPhone 13 bakal hadir dengan tekstur “matte” di belakang, skrin AOD

Ura-ura dan maklumat mengenai iPhone 13 bukan lagi perkara baharu di arena telefon pintar. Sebagai maklumat tambahan untuk anda membayangkan spesifikasi iPhone 13, ia kini dijangka bakal hadir dengan tekstur berbeza di panel belakang dan skrin bercirikan Always-On-Display.

Melalui sebuah video pendedahan spesifikasi iPhone 13, peranti baru ini dijangka hadir dengan perubahan kecil dari segi reka bentuk. Perubahannya termasuklah panel belakang yang bertekstur pusam (matte) untuk model iPhone 13 Pro. Pengguna biasanya berasa lebih selamat memegang peranti yang bertekstur pusam berbanding licin.

Selain itu, iPhone 13 turut dijangka hadir dengan teknologi paparan ProMotion 120Hz, teknologi polihabluran oksida bersuhu rendah (LTPO) dan ciri Always-On-Display (AOD). Sebenarnya, ciri AOD ini telah hadir di beberapa peranti Android yang ada di pasaran.

Lain-lain maklumat adalah maklumat yang pernah dimaklumkan dahulu seperti naik taraf kamera ultra lebar yang baik, video mod Portrait yang lebih baik dan mod astrofotografi.

Apakah pendapat anda mengenai spesifikasi jangkaan iPhone 13? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version