Site icon TechNave BM

iPhone 13 mini atau iPhone 13 Pro Max mungkin hadir tanpa port pengecasan

Terkini, pengulas teknologi yang juga peramal maklumat mengenai produk Apple telah menjangkakan bahawa Apple mungkin akan perkenalkan salah satu model iPhone 13 tanpa port termasuklah port pengecasan Lightning seperti iPhone generasi terdahulu.

Mengulas kepada perkara berkenaan, pengulas menjangkakan bahawa tidak kesemua model iPhone 13 akan hadir tanpa port. Berkemungkinan ia adalah iPhone 13 Pro Max atau iPhone 13 mini. Sebenarnya, perkara ini pernah juga dijangka oleh penganalisis Apple Ming Chi Kuo.

Memandangkan Apple telah memperkenalkan pengecas wayarles MagSafe, mungkin mereka akan melonjakkan kegunaan produk tersebut dengan menghadirkan iPhone 13 tanpa port. Jika benar, pastinya pengguna berharap agar pengecasan MagSafe adalah lebih laju.

Apa pun, kesemua maklumat di atas hanyalah jangkaan semata-mata. Namun, ia mungkin juga menjadi bayangan awal untuk model iPhone 13 sebenar pada tahun 2021. Setelah Apple tidak memberi pengecas bersama kotak iPhone terkini untuk langkah lebih mesra alam, apakah pandangan anda mengenai sebuah iPhone tanpa port?

Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai spekulasi iPhone 13 termasuklah Touch ID bawah skrin dan storan 1TB.

Sumber: Front Page Tech

Exit mobile version