Site icon TechNave BM

iPhone 13 mungkin akan mengalami masalah kekurangan stok sehingga Februari 2022

Dengan masalah kekurangan semikonduktor yang masih belum mempunyai penyelesaian dalam masa terdekat, industri telefon pintar dijangka akan mengalami masalah kekurangan stok dan iPhone 13 juga tidak terlepas daripada masalah ini.

Menurut sumber, rantai bekalan (supply chain) untuk pengilangan siri telefon pintar iPhone 13 tidak mampu mencapai kehendak pelanggan yang tinggi, sekurang-kurangnya sehingga bulan Februari 2022.

Apple mempunyai rizab tunai (cash reserves) yang tinggi, jadi ia mampu untuk mengutamakan pengilangan cipset Apple di kalangan syarikat semikonduktor seperti Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC). Sungguh pun begitu, beberapa cipset legacy masih mengalami kekurangan bekalan dan ini menyebabkan iPhone 13 sukar untuk dikilangkan.

Dalam sebuah panggilan bersama para pelabur, CEO Apple Tim Cook melaporkan bahawa masalah kekurangan semikonduktor menyebabkan kerugian untuk Apple sebanyak USD6 bilion pada suku tahunan lepas dan masalah ini dijangka akan menjadi lebih teruk pada tiga bulan terakhir dalam 2021.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digitimes

Exit mobile version