Site icon TechNave BM

iPhone 13 mungkin hadir dengan bateri lebih kecil untuk jimatkan kos dan ruang

Menurut laporan, iPhone seterusnya iaitu iPhone 13 bakal menggunakan teknologi bateri papan lembut (soft board) baru yang lebih kecil. Teknologi baharu ini dilapor bakal menjimatkan kos dan ruang.

Penganalisis jenama Apple terkenal Ming Chi Kuo melaporkan bahawa syarikat Jialianyi akan menjadi pembekal bateri papan lembut ini. Penggunaan teknologi baharu ini bukan sahajat menjimatkan ruang dalaman, tetapi juga mengurangkan kos. Dengan ini, Apple mungkin dapat membina iPhone 13 dengan rekaan yang lebih nipis atau menambah kapasiti tertentu.

Apa pun, Apple pastinya mempunyai solusi untuk teknologi baharu ini. Sumber dahulu melaporkan teknologi paparan berkuasa rendah LTPO (Low-Temperature Polycrystalline Oxid). Teknologi skrin ini dilapor akan menjimatkan kuasa bateri sehingga 10%-20% berbanding iPhone 12.

Siri iPhone 12

Perlu diingatkan bahawa laporan ini bukanlah laporan rasmi dari Apple. Apakah pendapat anda sekiranya Apple mengecilkan saiz bateri, tetapi dengan beberapa teknologi yang mampu menjimatkan kuasa bateri? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Anda boleh menyemak berita lepas yang menarik dan terkini mengenai siri iPhone 12 disini!

Sumber: 1 | 2

Gambar ihsan dari iFixit

Exit mobile version