Site icon TechNave BM

iPhone 13 mungkin hadir dengan storan sebesar 1TB dan sokongan video 8K pada 45fps

Setakat ini, iPhone masih dijual dengan pilihan storan hanya sehingga 512GB. Setakat ini, masih tiada telefon yang dijual dengan storan asal sehingga 1TB. Apple kini dilaporkan bakal memecahkan rekod tersebut dengan kehadiran iPhone seterusnya bersama storan 1TB.

Storan 512GB sahaja sememangnya sudah cukup besar. Jadi, apakah motif Apple untuk menaik taraf pilihan storan untuk iPhone seterusnys (iPhone 13) sehingga 1TB? Menurut sumber, storan yang lebih besar ini mungkin untuk menampung video yang beresolusi 8K.

Berdasarkan ura-ura yang lepas, iPhone 13 dilaporkan mungkin hadir dengan sokongan rakaman video sehingga 8K@45fps. Sumber telah memberi contoh mengenai siri Galaxy S20 yang mampu merakam video 8K. Rakaman video 8K@30fps selama setiap seminit menggunakan storan sebanyak 600MB. Dengan muat turun pelbagai aplikasi, tangkapan gambar dan lain-lain, anda pasti memerlukan storan yang lebih banyak untuk menyimpan hasil rakaman 8K.

Sokongan 8K pada rakaman video dan storan 1TB di iPhone 13 yang akan datang pasti menggembirakan pengguna telefon pintar yang berfokuskan kamera. Apa pun, kesemua maklumat ini masih bertahap khabar angin.

Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas yang menarik mengenai siri iPhone 12!

Sumber: wccftech

Exit mobile version