Site icon TechNave BM

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max mungkin dilengkapi skrin AMOLED 120Hz oleh Samsung

Walaupun pelbagai telefon Android sudah pun menawarkan skrin dengan kadar segar semula tinggi seperti 90Hz dan 120Hz, iPhone masih tertinggalh daripada aspek ini. Kini, sumber terbaru mengatakan siri iPhone 13 Pro bakal menjadi iPhone pertama yang dilengkapi kadar segar semula 120Hz.

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max mungkin akan dilengkapi paparan LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz yang akan dibina oleh Samsung. Selain itu, Samsung juga akan membina rigid flexible printed circuit boards (RFPCB) yang akan dilengkapi dalam paparan OLED untuk iPhone 13.

RFPCB adalah papan litar yang lebih mudah untuk dibentuk namun lebih mahal berbanding papan litar biasa (FPCB). Samsung Electro-Mechanics telah menghasilkan RFPCB untuk iPhone 12 dan mereka mungkin akan meneruskannya untuk iPhone 13.

Samsung dijangka akan menghasilkan 110 juta OLED untuk iPhone 12 dan 13 pada tahun ini, manakala LG Display akan menghasilkan 50 juta dan BOE pula 9 juta. Jumlah sebenar akan diketahui pada bulan Julai, sewaktu pengilangan iPhone baharu bermula.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPhone 13 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The LEC

Exit mobile version