Site icon TechNave BM

iPhone 13 Pro mungkin akan hadir dengan storan setinggi 1TB

Beberapa bulan yang lalu, Apple telah melancarkan telefon siri iPhone 12 dengan dua model berbeza, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro. Siri tersebut sudah berjaya mencipta rekod yang baru dari segi jualan, dijual lebih dari 90 juta unit pada suku keempat (Q4) 2020.

Selepas iPhone 12 dilancar, pelbagai berita mengenai generasi baru telefon mereka, iPhone 13 pula telah muncul di dalam talian. Terbaru, telefon iPhone 13 Pro dikatakan akan hadir dengan storan 1 TB.

Dibandingkan dengan iPhone 12 Pro, ia hanya mempunyai storan setinggi 512GB sahaja. Selain dari itu, Apple juga dikhabarkan akan menaikkan storan model asas dari 64GB ke 128GB.

Siri iPhone 12

Untuk spesifikasi pula, telefon siri iPhone 13 dijangka akan hadir dengan takuk yang lebih kecil serta sensor cap jari dalam skrin.

Lihat berita lepas mengenai telefon siri iPhone 13 ini.

Nantikan berita terbaru mengenai telefon siri iPhone 13 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version