Site icon TechNave BM

iPhone 14 direka bentuk semula, berkemungkinan tiada model mini pada tahun 2022

iPhone 13 telah dilancarkan dan kini terdapat beberapa spekulasi tentang iPhone yang bakal hadir selepasnya. Menurut berita, Apple mungkin akan bertukar dari pengimbas muka Face ID kepada pembaca cap jari yang mungkin berada di bahagian tepi.

Kameranya pula adalah sama rata dengan permukaan belakang telefon ini, iaitu satu rekaan yang sama seperti dalam iPhone 5s. Kesemua iPhone 14 bakal dilengkapi dengan paparan LTPO OLED 120Hz termasuk versi standard. Siri iPhone ini bakal menjadi iPhone pertama yang mempunyai sensor atas 12MP iaitu mungkin sensor 48MP (dengan binning untuk 2.5 µm piksel).

Menurut Mark Gurman di Bloomberg, Apple sedang mengusahakan sebuah telefon kelas permulaan iaitu iPhone SE terbaru yang mungkin dilancarkan pada awal tahun hadapan. Ia mengekalkan reka bentuk lamanya dan panel LCD, manakala antenanya dapat menyokong penyambungan 5G.

Namun, Apple mengharapkan barisan 2022 versi mini digantikan dengan model yang lebih besar, iPhone 14 Max. Ini bermaksud terdapat dua ukuran iPhone 14 iaitu 6.1 inci dan 6.7 inci dalam konfigurasi standard dan Pro. 

Kami masih menunggu lebih maklumat mengenai iPhone 14. Apple masih dalam perancangan dan menguji konfigurasi telefon terbarunya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version