Site icon TechNave BM

iPhone 14 Max dinamakan ‘iPhone 14 Plus’ pada asalnya

Apple lancarkan model ‘Plus’ baharu untuk barisan iPhone 14 yang menggantikan model ‘mini’ untuk tahun ini. Walau bagaimanapun, model iPhone 14 6.7 inci ini dikatakan membawa nama yang lain pada asalnya iaitu ‘iPhone 14 Max’ dan bukannya ‘iPhone 14 Plus’.

Laporan ini didapati daripada blog iCreate yang menemui beberapa contoh di laman web Apple yang merujuk kepada model Plus sebagai Max. Pertama adalah imej fail model iPhone 14 Plus dalam lima warna yang dinamakan ‘iPhone-14-Max-colors’. Imej itu boleh didapati dalam dokumen sokongan di laman web Apple.

Dalam halaman maklumat pematuhan dan kawal selia untuk produk syarikat, Apple sekali lagi menyenaraikan model Plus sebagai “‌iPhone 14‌ Max” sambil membawa nombor model ‌iPhone 14‌ Plus bersama model-model lain dalam siri iPhone 14. 

Berdasarkan kedua-dua rujukan ini, nampaknya perubahan nama model kepada Plus berlaku pada pada saat akhir. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version