Site icon TechNave BM

iPhone 14 Pro akan tampilkan kamera 48MP dan menaik taraf kamera zum pada 2023

Menurut penganalisis Ming-Chi Kuo, Apple merancang untuk menambah lensa kamera 48MP pada iPhone tahun depan diikuti dengan kanta periskop pada 2023. Dalam nota penyelidikan hari ini dengan kerjasama TF International Securities yang diperoleh oleh MacRumors, Kuo berkata peningkatan kamera iPhone dalam tempoh dua tahun akan datang akan membantu meningkatkan bahagian pemasaran, hasil dan keuntungan pengeluar Taiwan iaitu Largan Precision.

Kuo tidak memberikan sebarang butiran lanjut tetapi dia sebelum ini mendakwa bahawa kamera 48MP akan dihadkan kepada model iPhone 14 Pro dan membenarkan rakaman video 8K. Video beresolusi 8K sesuai untuk ditonton pada set kepala AR/VR Apple yang dijangka dilancarkan tahun depan, katanya.

Kuo juga sebelum ini mendakwa bahawa model iPhone 14 Pro mungkin menyokong proses pixel binning dengan menggabungkan kedua-dua output 48MP dan 12MP. Ia sudah digunakan pada beberapa telefon pintar Android seperti Samsung Galaxy S21 Ultra.

Pixel binning membenarkan model iPhone 14 Pro untuk menggabungkan gambar menggunakan kamera 48MP dalam keadaan terang dan kamera 12MP dalam keadaan cahaya malap untuk mengekalkan kualiti.

Akan datang, Kuo percaya bahawa sekurang-kurangnya satu model iPhone 15 akan mendapat kanta periskop baharu pada 2023. Ia akan menaik taraf kamera iPhone bagi ciri zum optik. Kanta ini akan mempunyai optik kamera yang boleh laras di mana cahaya yang diserap oleh sensor imej akan dioptimumkan sambil mengekalkan bentuk kameranya.

Ini sesuai untuk mengekalkan reka bentuk yang padat dan rekaan yang premium. Untuk pengetahuan, model iPhone 13 Pro dihadkan kepada zum optik 3x sahaja. Adakah anda menantikan peranti ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version