Site icon TechNave BM

iPhone 14 Pro Max dengan binaan jam Rolex dijual pada harga ~RM624,000

Jenama utama untuk telefon pintar dan aksesori, Caviar kini telah mempersembahkan koleksi “Grand Complications” yang dipertingkatkan dilihat pada siri Apple iPhone 14 Pro. Untuk peminat Rolex, rekaan baharu ini membenamkan terus jam tangan Cosmograph Daytona pada iPhone 14 Pro Max.

Ia membawa kronograf mekanikal dengan binaan jam tangan di badan telefon dan sensor hiasan yang diambil daripada panel kawalan kereta lumba dalam panel belakang.

Ia mempunyai dua pilihan iaitu Daytona dan Skeleton Booster sesuai untuk pengguna yang gemar dengan sejarah sukan permotoran profesional dan horologi. Skeleton Booster iPhone 14 Pro 128GB “Grand Complications” berharga $10,320 (~RM48k) dan Daytona iPhone 14 Pro Max 1TB berharga $134,250 (~RM624k).

Telefon dengan reka bentuk Daytona diambil daripada rupa kereta lumba tahun 1930-an, meter kelajuan dan suis hiasan diperbuat daripada emas mencipta imej pemuka kereta super pada jam tangan ikonik. Reka bentuk Skeleton Booster pula membawa jeriji bertetulang hitam dan cahaya sejuk bolt titanium.

Reka bentuknya amat menarik perhatian dan unik. Siapakah orang pertama yang akan memiliki hiasan sebegini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Hypebeast

Exit mobile version