Site icon TechNave BM

iPhone 14 Pro mungkin tampilkan reka bentuk ‘lubang dan pil’

Seperti biasa terdapat beberapa andaian reka bentuk dan spesifikasi apabila telefon baharu akan dikeluarkan. Sebelum ini, Apple merancang untuk meninggalkan takuk (notch) pada iPhone 14 Pro untuk tahun ini. Namun begitu, menurut penganalisis teknologi Ross young, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan membawa reka bentuk lubang dan pil.

Reka bentuk ini akan kelihatan unik pada iPhone Apple dengan lubang yang lebih kecil dan bentuk pil membuatkan telefon kelihatan lain berbanding telefon pintar jenama seperti HUAWEI dan Samsung. Reka bentuk ini mula-mula dikongsi melalui akaun Twitter pada September lalu. Menurut akaun Twitter tersebut, kamera akan terletak di sebelah kanan manakala sistem Face ID akan terletak di sebelah kiri.

Adakah anda bersetuju dengan reka bentuk ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version